Pos

Permohonan UD9 / Housemanship Malaysia

Permohonan UD9 / Housemanship Malaysia

carta-alir.png Carta Alir Permohonan

Dokumen Penting daripada Universiti (Iskandariah, Mesir)

  1. Basic Medical Degree / Sijil Ijazah Rasmi (Ada cop helang dan cop timbul)
  2. English Version Basic Medical Degree (Jika tiada, wajib gunakan terjemahan ITBM)
  3. Academic Transcript (Rekod keputusan/CGPA sepanjang pengajian)

helang.pngCop helang timbul.pngCop timbul

Universiti mungkin mengeluarkan Sijil Ijazah Sementara (Provisional Graduation Certificate), namun sijil ini tidak diterima untuk permohonan ini. Hanya sijil ijazah rasmi yang mempunyai cop helang dan cop timbul diiktiraf sebagai Basic Medical Degree oleh Malaysian Medical Council.

0. TrueProfile (Primary Source Verification)

  • Pautan: trueprofile.io
  • Jenis permohonan: Primary Source Verification
  • Hasil permohonan: Education TrueProof Report

Langkah:

  1. Selepas pendaftaran, pergi ke Verification > Add Verification > Business Partners > Malaysian Medical Council.
  2. Pilih MMC Full & Provisional Registration Bundle.
  3. Bayaran:
    • Bayaran pertama: USD 144
    • Bayaran kedua (oleh universiti melalui e-mel): USD 101
    • Jumlah keseluruhan: USD 245 (~RM1,050)
  4. Dokumen yang perlu dimuat naik:
    • Certificate: Satukan Basic Medical Degree dan English Version Basic Medical Degree dalam satu PDF. Hanya muat naik sijil yang dikeluarkan oleh universiti. Jika English Version Basic Medical Degree diperoleh daripada ITBM, tidak perlu dimuat naik ke TrueProfile.
    • Backside: Seperti yang diminta.
    • Mark Sheet / Transcript of Records: Seperti yang diminta.
  5. Tunggu email dan muat turun report daripada website.

trueprofile-mmc.pngPilih MMC Full & Provisional Registration Bundle trueprofile-alex.pngE-mel untuk bayaran tambahan trueprofile-report.pngTrueprofile report

1. MeRITS MMC

  • Pautan: merits.mmc.gov.my
  • Jenis permohonan: SPA Referral Number Letter
  • Hasil permohonan: SPA Referral Number Letter

Semua dokumen yang hendak dimuat naik perlu disahkan (Certified True Copy) oleh pihak yang berkelayakan.

Langkah:

  1. Selepas pendaftaran, pergi ke bahagian Qualification.
  2. Isikan butiran yang sama seperti dalam Basic Medical Degree / English Version Basic Medical Degree.
    • Date of Passed Exam: Tarikh diluluskan oleh fakulti.
    • Date of Awarded Qualification: Tarikh kelulusan oleh lembaga universiti.
    • Basic Qualification Name: Sama seperti dalam English Version Basic Medical Degree.
  3. Selepas selesai, pergi ke bahagian Provisional Registration dan pilih SPA Referral Number Letter. Isikan seperti yang diminta.
  4. Akhir sekali, pergi ke Acknowledgement dan tekan submit. Anda akan dikenakan bayaran RM100 untuk permohonan ini.

merits-qualification.png merits-spa.png

List of Mandatory Documents:

Seperti yang diminta.

List of Supporting Documents:

  • No. 1: Terjemahan sijil rasmi oleh pihak universiti atau ITBM sahaja yang diterima. Terjemahan ITBM mesti mengikut piawaian MMC. Senarai Kelayakan Perubatan Diiktiraf MMC
  • No. 5: Basic Medical Degree / Sijil Ijazah Rasmi (bukan sijil sementara).

Additional Document

  • No. 1: Primary Source Verification: Tambah dokumen baharu dengan tajuk Primary Source Verification dan muat naik laporan TrueProfile.

2. SPA9

  • Pautan: spa9.spa.gov.my
  • Jenis permohonan: Pegawai Perubatan Gred UD9 (Graduan)
  • Hasil permohonan: Lulus penjawatan Pegawai Perubatan Gred UD9 (Graduan)

Langkah:

  1. Selepas pendaftaran, isi semua maklumat di bahagian Maklumat Pemohon.
  2. Di Maklumat Kelayakan Akademik > Profesional / Ikhtisas / Sijil Kompetensi, masukkan:
    • LAYAK BERDAFTAR SEMENTARA DENGAN MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA
    • Masukan No. Rujukan Permohonan SPA pada No. Keahlian.
  3. Di bahagian Jawatan Pilihan, pilih Pegawai Perubatan Gred UD9 (Graduan).
  4. Tunggu keputusan daripada SPA.
  5. Tunggu email daripada ePlacement.

spa.pngBahagian Maklumat Kelayakan Akademik spa-keputusan.pngSPA Keputusan

3. ePlacement

  • Pautan: eplacementhub.moh.gov.my
  • Jenis permohonan: Penempatan
  • Hasil permohonan: Surat Tawaran, Surat Penempatan, Borang Perjanjian Kontrak

Langkah:

  1. Pendaftaran untuk kali pertama pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Pilih penempatan pada tarikh yang ditetapkan.

eplacement.jpgePlacement Penempatan Page

5. MeRITS MMC

  • Pautan: merits.mmc.gov.my
  • Jenis permohonan: Provisional Registration Certificate (PRC)
  • Hasil permohonan: Provisional Registration Certificate (PRC)

Semua dokumen yang hendak dimuat naik perlu disahkan (Certified True Copy) oleh pihak yang berkelayakan.

Langkah:

  1. Pergi ke bahagian Qualification.
  2. Pergi ke bahagian Provisional Registration dan pilih Provisional Registration Certificate.
  3. Muat naik Surat Tawaran.
  4. Tunggu Certificate.

merits-prc.pngMuat naik Surat Tawaran

6. Program Transformasi Minda dan Lapor Diri

Bilangan salinan berbeza mengikut tempat PTM dan lapor diri. Ini adalah contoh untuk PTM di Terengganu dan lapor diri di Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi ambilan keenam sesi 2025.

PTM Dokumen (Perlu CTC)

ptm.png

Lapor Diri Dokumen (Tidak perlu CTC)

lapor-diri.png

Pos ini dilesenkan di bawah CC BY 4.0 oleh penulis.