Pos

Pembayaran Nirtunai Malaysia

Pembayaran nirtunai yang terdapat di Malaysia

  • Pembayaran QR
    • DutiNow QR
  • Pembayaran Terminal POS
    • Apple Pay
    • Google Pay
    • Visa dan Mastercard

Digital Banking vs e-wallet

Digital Banking adalah perkhidmatan banking yang telah digitalkan melalui website ataupun app. Fungsinya adalah untuk memudahkan urusan berkaitan banking. Utamanya, penggunaan banking adalah untuk menyimpan duit dan pembayaran tetap. Contohnya Maybank2u MY, HSBC Malaysia, CIMB Click, Bank Islam GO dan lain lain.

e-wallet pula adalah penganti wallet fizikal kita. Fungsinya adalah untuk kegunaan pantas dan harian. Antara e-wallet yang terdapat di Malaysia adalah Maybank e-wallet (MAE), BigPay, Touch n’ Go e-wallet (TnG), Enrich, Boost dan lain lain.

Kedua-duanya mempunyai kebolehan untuk melakukan pemindahan dan pembayaran nirtunai melalui DuitNow QR.

Money Flow Best Practices

  1. Terima duit bulanan ke Digital Banking app.
  2. Pindahkan pengunaan bulanan ke e-wallet app.
  3. Gunaakan hanya duit daripada e-wallet sahaja untuk harian.
  4. Simpanan peribadi hanya di Banking app sahaja.

Dengan cara ini, kita dapat membahagikan perbelanjaan kita dengan lebih cermat. Tambahan pula, menggunakan e-wallet sebagai penggunaan harian utama akan meningkataan keselamat kerana kita tidak mendedahkan informasi bank. Kaedah ini dikenali sebagai ‘buffering’.

Cara peribadi saya

Saya hanya menggunakan Maybank e-wallet (MAE) sahaja kerana app tersebut menggabungkan Digital Banking dan e-wallet. Tambahan pula saya pengguna Iphone dan Apple Watch, dengan ini saya dapat menggunakan kelebihan Apple Pay / Apple Wallet yang disokong oleh Maybank.

Tiap bulan, penerimaan duit utama saya dimasukkan kedalam Saving Account Maybank (Link dengan Maybank Card). Kemudian saya bahagikan penggunaan bulanan ke MAE Account. Pengguaan bulanan daripada MAE Account saya merangkumi kehendak seperti membeli belah, keluar makan makan dan lain lain. Saya juga menggunakan duit daripada Saving Account untuk pembayaran yang tetap seperti bil internet, bil telephone, bi air dan electric dan juga lain lain. Dibawah saya senaraikan dengan lebih lagi.

Penggunaan

  • e-wallet Pilihan: MAE
    • Membeli belah (Fizikal dan atas talian)
    • Makan dan minum
    • Minyak kenderaan
    • Hiburan atas talian (Spotify, dll)
  • Digital Banking Pilihan: MAE
    • Bil air dan eletrik
    • Bil internet
    • Bil telephone

Keutamaan Pembayaran di Kedai Fizikal

  1. Apple Pay (MAE)
  2. DuitNow QR (MAE)
  3. Apple Pay (Maybank Card)
  4. Maybank Card Fizikal
  5. Tunai

Dompet saya hanya mempunyai Maybank Card dan juga tunai RM50.

Akhir kata

Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk melakukan pembyaran secara nirtunai. Anda boleh memilih bagaimana cara yang sesuai dengan gaya hidup anda. Bank Negara Malaysia menjangkakan 100% rakyat Malaysia menggunakan pembayaran nirtunai menjelang 2023. Selamat berbelanja secara nirtunai.

Pos ini dilesenkan di bawah CC BY 4.0 oleh penulis.