Home Media Server
Home Media Server
Home media server ialah sebuah komputer yang digunakan sebagai pelayan asas di rumah. Server ini berperanan untuk menjalankan aplikasi web yang sering digunakan oleh ahli keluarga, antaranya menonton filem, membuat sandaran foto, mengakses fail peribadi dan lain-lain. Sebenarnya, semua servis ini boleh digunakan melalui perkhidmatan luar seperti menonton filem di Netflix atau membuat sandaran foto di Google Photos. Namun, di mana keseronokannya jika semuanya diserahkan kepada pihak luar, bukan? Jadi, saya ingin kongsikan setup saya untuk home server di rumah.
Hardware
- Server
- Dell WYSE 7040
- Intel Celeron J4105
- 8GB RAM
- 128GB Storage
- Storage
- Acasis 3.5 inci hard disk enclosure
- 2 unit hard disk 3TB
Inilah asas server saya. Tidaklah hebat mana, tetapi boleh menjalankan tugas dengan memuaskan. Yang penting, penggunaan kuasa adalah rendah, lebih kurang 20 Watt sahaja. Saya memilih external hard disk kerana ingin mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah. Jika saya memilih komputer bersaiz desktop yang sudah ada antaramuka SATA, penggunaan kuasa minimum adalah 40 Watt, agak tinggi untuk kegunaan saya. External hard disk case itu saya tetapkan kepada RAID 1 (mirror), jadi saya ada satu hard disk redundancy. Oklah tu, 3TB available.
Software
- Operating System
- Ubuntu Server OS
- Docker App
- Immich
- Jellyfin
- *arr services
- Trasnmission
- File Browser
- Portainer
Ubuntu Server OS ialah sistem operasi pilihan saya untuk pelayan. Ia stabil, mendapat sokongan komuniti yang meluas, dan yang paling penting, mempunyai sokongan LTS yang panjang (sekitar 5 tahun). Jadi, saya tidak perlu risau tentang isu kestabilan. Saya juga tidak bercadang untuk bereksperimen secara mendalam dengan pelayan ini; tujuan utama hanyalah untuk memastikan ia beroperasi dengan stabil dan menghadapi masalah seminimum mungkin. Oleh itu, gabungan Ubuntu dan Docker adalah pilihan terbaik. Penggunaan sumber sistem juga terkawal dan setakat ini tiada masalah.
Perancanga masa hadapan
Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaik taraf jumlah storan sahaja. Untuk penggunaan kuasa, saya tidak terlalu risau kerana biasanya hanya saya yang menggunakannya. Ahli keluarga lain kebiasaannya hanya menggunakan Immich untuk sandaran gambar. Jadi, apabila storan sudah mencapai 80% penggunaan, barulah saya akan tambah storan. Cara untuk menambahnya? Itu saya akan fikirkan kemudian. Haha
Ini bukan kali pertama saya setup home server. Saya pernah juga setup hampir setahun semasa di asrama MARA ketika belajar di Mesir. Jadi, kali ini saya hanya ingin menjalankan perkara asas sahaja. Namun, jika ada rezeki lebih, saya bercadang untuk setup full blown server lengkap dengan network rack dan pendawaian ethernet di rumah. Itu perancangan untuk masa hadapan, buat masa ini berangan dahulu.