Tentang
Dr Zarif di Valley of the Kings, Luxor, Egypt
Hai! Saya Dr. Zarif Fathurrahman Rani.
Saya seorang graduan Kuliah Perubatan (MB BCh) daripada Universiti Iskandariah, Mesir. Saya mula merantau ke bumi Mesir pada Oktober 2018 dan pada Februari 2025, saya telah menamatkan perjalanan enam tahun di sini. Banyak yang telah saya lalui, baik dan buruk semuanya ada. Penat menangis, penat gembira, semua saya rasai. Namun begitu, saya tidak pernah menyesal dengan semua yang telah dilalui. Setiap pengalaman membawa pengajaran tersendiri. Orang putih kata, ‘The lesson lies in the journey, not the destination.’
Di laman web ini, saya berkelapangan untuk menulis blog dan dokumentasi tentang apa yang telah saya teroka, sama ada berkaitan perkara formal saya mahupun pengalaman saya tentang Linux dan Teknologi. Tujuannya adalah untuk berkongsi kepada semua dan juga sebagai rujukan untuk saya sendiri pada masa akan datang.
Saya berharap dengan penulisan ini, saya dapat memberi pendedahan kepada sesiapa yang berminat dengan kuliah perubatan di Iskandariah, Mesir, dan juga dapat meluaskan pengetahuan saya berkaitan Linux dan Teknologi.
Jika ada sebarang penulisan saya yang perlu dibaiki, boleh hubungi saya di media sosial saya.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog.zarifhomelab.com!
Sebarang sumbangan boleh dilakukan dengan mengimbas DuitNow QR di bawah. Segala nilai sumbangan dialu-alukan.